Tudung merupakan tuntutan agama dan perlu dipakai oleh semua wanita yg beragama Islam.
Allah s.w.t telah berfirman:Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya…” (Surah ke-24 an-Nur, ayat 31)
Namun, kadang kala masih ada lagi yg leka dgn suruhan Allah ini dan memberi pelbagai alasan apabila disuruh bertudung. Kenapa?
1. Belum sampai seru atau hidayah utk pakai tudung.
Hmmm..namun adakah mereka pasti bhawa hidayah Allah itu masih belum sampai kepada mereka?Kadang kala ada yg terdetik dihati mereka "Cantiknya gadis itu bertudung. Aku pun nak bertudung jugalah".Namun, slps beberapa ketika, terus hilang niat tersebut. Knp? Syaitan akan mempengaruhi kita supaya menangguh dlm melakukan kebaikan. "Ala...xyah pakai tudung lagi...nt ko pakailah,bukan semestinya skrg". Ha..skrg masih belum sampaikah hidayah Allah kpd mereka?Wallahualam...
Apabila terdetik hati kita utk melakukan kebaikan, semua itu dtg drpd Allah S.W.T.Namun apakah kita sedar tntg hakikat ini?
2. Belum cukup baik utk bertudung.
Ramai yg memberi alasan bahwa dirinya belum cukup baik utk bertdung. Tapi, sampai bilakah kita akan menjadi baik??Klu kita tidak berubah skrg, bila lg? Bukankah bertudung itu juga merupakan satu cara utk kita berubah ke arah lebih baik?
Malah, ada juga yg berkata "Ala, ko tgk si A tu, pakai tudung tapi masih couple. Baju pakai lengan pendek, Jadi,baik xpayah cam tu. Aku hanya akan pakai tudung bila aku betul2 baik. Dapat cover aurat betul2 ."Apabila nampak org yg bertudung pun masih membuat benda2 x baik,kita pun x nak bertudung.
Ini merupakan persepsi yg salah dan perlu dikikis. Kita menutup aurat bukan dgn membandingkan dgn org2 sekeliling tetapi berpandukan suruhan yg terdapat di dalm Al-Qur'an dan Sunnah.
Mungkin org lain bertudung, tapi tidak mengikut apa yg digariskan dlm Islam. Perkara ini mungkin terjadi krn kurangnya ilmu tentang pemakaian tudung yg betul. Jadi,kita harus menuntut ilmu supaya kita dpt mengetahui apa yg betul dan apa yg salah. Kita hendaklah mengikut tuntutan agama berdasarkan Al-Qur'an dan Sunnah, bukannya mengikut org di sekeliling kita. Jadi, contoh terbaik adalah mengikut tokoh2 wanita Islam yg terbilang seperti isteri Rasulullah s.a.w, Aisyah r.a, puterinya, Fatimah al-zahra atau mana2 srikandi Islam yg lain.
Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si dia itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.
3. Lecehlah pakai tudung. Panaslah!
"Cuaca kat Malaysia ni panas! Klu pakai tudung lg panas." Nampaknya kita lebih takut panas dunia drpd panasnya neraka Allah s.w.t di akhirat kelak. Nak tahu betapa panasnya api neraka?
Allah Ta’ala berfirman:
فَأَنذَرْتُكُمْ نَارًا تَلَظَّى
“Maka aku peringatkan kalian dengan api neraka yang menyala-nyala.” (Surah Al-Lail: 14)
كَلاَّ إِنَّهَا لَظَى. نَزَّاعَةً لِّلشَّوَى
“Sekali-kali tidak, sesungguhnya neraka itu adalah api yang bergejolak, yang mengupas kulit kepala.” (Surah Al-Ma’arij: 15-16)
فَاتَّقُواْ النَّارَ الَّتِي وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ
“Maka takutlah kalian kepada neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan bebatuan.” (Surah Al-Baqarah: 24)
Dari Abu Hurairah r.a bahwa Nabi s.a.w bersabda:
نارُكُمْ هَذِهِ الَّتِي يُوْقِدُ ابْنُ آدَمَ جُزْءٌ مِنْ سَبْعِيْنَ جُزْءاً مِنْ حَرِّ جَهَنَّمَ، قالُوا: وَاللهِ يا رسولَ اللهِ إِنْ كانَتْ لَكافِيَةً، قالَ: فَإِنَّها فُضِّلَتْ عَلَيْها بِتِسْعَةٍ وَسِتِّيْنَ جُزْءًا كُلُّها مِثْلُ حَرِّها
“Api kalian ini yang dinyalakan oleh anak cucu Adam hanyalah 1 bagian dari 70 bagian dari panasnya api Jahannam. Mereka berkata, “Demi Allah wahai Rasulullah, api di dunia ini saja sungguh sudah cukup (untuk menyiksa).” Maka beliau bersabda, “Maka sesungguhnya api jahannam dilebihkan 69 kali lipat panasnya, dan setiap bagiannya (dari 69 ini) mempunyai panas yang sama seperti api di dunia.” (HR. Al-Bukhari no. 3265 dan Muslim no. 2843)
Dari Anas bin Malik r.a dia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
يُؤْتَى بِأَنْعَمِ أَهْلِ الدُّنْيا مِنْ أَهْلِ النّارِ يَوْمَ الْقِيامَةِ فَيُصْبَغُ فِي النَّارِ صِبْغَةً. ثُمَّ يُقالُ: يا ابْنَ آدَمَ هَلْ رَأَيْتَ خَيْراً قَطٌّ؟ هَلْ مَرَّ بِكَ نَعِيْمٌ قَطٌّ؟ فَيَقُوْلُ: لاَ وَاللهِ يا ربُّ. وَيُؤْتَى بِأَشَدِّ النّاسِ بُؤْساً فِي الدُّنْيا مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَيُصْبَغُ صِبْغَةً فِي الْجَنَّةِ. فَيُقالُ لَهُ: يا ابْنَ آدَمَ هَلْ رَأَيْتَ بُؤْساً قَطٌّ؟ هَلْ مَرَّ بِكَ شِدَّةٌ قَطٌّ؟ فَيَقُوْلُ: لاَ وَاللهِ يَا رَبُّ مَا مَرَّ بِيْ بُؤْسٌ قَطٌّ وَلاَ رَأَيْتُ شِدَّةً قَطٌّ
“Pada hari kiamat akan didatangkan penduduk dunia yang paling nikmat kedudukannya di antara semua penghuni neraka, lalu dia dicelupkan sekali celupan ke dalam neraka. Kemudian ditanyakan kepadanya, “Wahai anak Adam, apakah kamu pernah melihat kebaikan satupun? Apakah kamu pernah sekalipun merasakan kebaikan?” Dia menjawab, “Tidak pernah -demi Allah- wahai Rabb.”
Dan didatangkan juga manusia yang paling sengsara hidupnya di dunia di antara semua penghuni surga, lalu dia dicelupkan sekali celupan ke dalam surga. Lalu dia ditanya, “Wahai anak Adam, apakah kamu pernah melihat kesengsaraan satupun? Apakah kamu pernah merasakan kesusahan sekecil apapun?” Dia menjawab, “Tidak pernah -demi Allah- wahai Rabb, tidak sekalipun saya pernah merasakan penderitaan dan tidak sekalipun saya pernah melihat kesusahan.” (HR. Muslim no. 2807)
Ya Allah, bertapa beratnya seksaan api neraka. Mmmg kita sentiasa lupa. Begitu juga dgn diri saya. Apabila kita tidak melihat neraka, jadi sebab itu kita tidak merasa takut. Betapa hinanya diri kita ini.Tapi ingatlah, janji Allah itu pasti.
Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya Hari Kiamat itu pasti akan datang tanpa ada keraguan tentangnya. akan tetapi kebanykan manusia tidak beriman.”
(Surah al- Ghafir: 59)
“Katakanlah, ‘Benar, demi Tuhanku! Sesungguhnya kalian akan dibangkitkan dan akan diberitahu tentang segala apa yang kalian telah lakukan dan hal itu sangat mudah bagi Allah.’” (Surah At-Taghabun: 7)
4. Pakai tudung x cantik. Tak bolehlah aku nak tunjuk rambut rebonding aku
Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya.Harga diri wanita terlalu mahal.
Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan standard yang digariskan syarak.
5. Aku pun baik juga walaupun tidak bertudung. Aku solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan dan buat pelbagai lg benda2 baik.
Ya! Mmg anda baik. Namun, anda belum cukup baik krn belum bertudung. Org yg bertudung tapi tidak solat pun tidak cukup baik lg. Untuk jadi baik, kita hendaklah mengikut segala suruhan Allah s.w.t. Bukan hanya memilih apa yg kita suka dan meninggalkan apa yg kita x suka nak buat.
Post ini hanyalah sekadar perkongsian dan peringatan buat diri.Terdetik juga dihati, “Aku ni bukanlah baik sgt, sibuk jer nak suruh org lain bertudung.”
Jgn kisah apa yg diperkatakan org lain. Mungkin ada yg akan mengeluarkan kata2 utk melemahkan semangat kita. Misalnya.“Ala, ko tu bukannnya baik sgt. Xyahlah nak berlagak baik dgn pakai tudung.” Kita baik atau tidak itu merupakan urusan kita dgn Allah.Dia lebih mengetahui tentg diri kita. Biarlah kita baik dimata Allah walaupun dipandang hina oleh manusia.
Bertudung merupakan suruhan Allah s.w.t dan janganlah kita berlengah-lengah utk melakukannya. “Xperlah, esok aku pakai”, “Xperlah, lusa aku pakai.” “Xperlah, minggu dpn aku pakai.” Lama2 terus hilang niat utk memakainya. Klu kita kata esk dan sempat bertudung, Alhamdulillah. Namun, klu kita mati esok, bagaimana pula?Nauzubillah.
Ajal maut ditgn tuhan. Kita x tahu bila kita akan mati. Mungkin esok, lusa? Wallahualam.
Ambil lah kangkah pertama utk berubah. Klu kita x cuba, mana mungkin kita tahu bagaimana nikmatnya utk mengikut syariah Islam. Semoga kita sentiasa berada dlm rahmat-Nya dan mati dlm husnul khotimah(mati dlm kebaikan).Ameen….
0 comments:
Post a Comment